More
    HomePerkahwinanTak perlu ‘fantastic eating’, guna papan seterika pun boleh

    Tak perlu ‘fantastic eating’, guna papan seterika pun boleh

    Kongsikan artikel ini


    WASHINGTON – Sepasang suami isteri dari negeri Carolina Utara mengundang perhatian pengguna media sosial selepas menikmati hidangan makanan segera di atas papan seterika ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10, lapor saluran berita ABC semalam. 

    Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @goodmorningamerica, pasangan itu menikmati makanan yang dibeli dari restoran Taco Bell. 

    Lebih menarik adalah papan seterika itu dihiasi dengan lilin serta pinggan mangkuk, seolah-olah berada di restoran mewah. 

    Meskipun tiada meja, Willie dan Ashley tetap bersemangat dan tidak berputus asa untuk menyambut hari istimewa mereka. 

    “Berbanding membuat rancangan makan malam mahal, kami sebaliknya memutuskan untuk membeli sesuatu yang murah dan menyambutnya (ulang tahun) di sebuah motel,” kata Ashley.

    Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 192,000 tontonan. 

    “Saya sanggup memilih ini daripada mengadakan perkahwinan yang mewah!” kata seorang netizen. 

    “Tiada yang mustahil,” puji netizen lain. – AGENSI





    KOSMO On-line
    Sumber: Kosmo

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read