More
    HomeInfo DIY dan PetuaKeras Kepala Anak Jangan Dipukul, Raikan Dengan 8 Suggestions Ini!

    Keras Kepala Anak Jangan Dipukul, Raikan Dengan 8 Suggestions Ini!

    Kongsikan artikel ini


    Ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersikap keras kepala (robust willed) atau degil, pastinya melalui perjalanan membesarkan mereka yang sangat mencabar. Bukan senang untuk berhadapan dengan kanak-kanak sebegini. Tembok kesabaran dan ketabahan yang tinggi memang diperlukan!

    Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengawal mereka, namun apakan daya usaha tersebut masih belum berjaya. Apa kata cuba pula 8 ideas meraikan anak keras kepala seperti disarankan Wawa Shauqi di bawah ini, tanpa perlu mendisiplinkan mereka dengan rotan.

    Baca juga: Anda Rasa Comel Tapi Kasut Budak Berbunyi ‘Squeaky’ Bukan Pilihan Terbaik Pakai Harian

    KERAS KEPALA SI ANAK

    keras kepala

    Gambar: motherhood

    Siapa yang ada anak keras kepala (robust willed), mesti faham macam mana susahnya kita sebagai mak ayah nak bersabar. Tapi sebenarnya, anak yang degil ini boleh jadi pemimpin kalau kita didik sebaiknya.

    Pantang anak sejenis ini, dia tak boleh dihalang. Lagi dihalang, lagi dia nak buat. Lagi dia memberontak. Kalau anak lain, boleh lagi nak marah nak pukul. Tapi anak ini, lagi dipukul, lagi dia keras.

    Disiplin secara tradisional memang tak berkesan. Sebaliknya, mereka ini perlu diraikan.

    Baca juga: ‘Dad and mom’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!

    CARA RAIKAN ANAK STRONG-WILLED:

    1. Berbincang cari penyelesaian bila nampak anak nak melenting

    Mereka ini cepat melenting bila nak buat sesuatu, ada masalah timbul. Jadi, bincang penyelesaian bersama-sama.

    2. Beri ‘reward’ bila anak tak berminat

    Mereka ini, tak ada motivasi nak buat benda yang mereka tak minat. Jadi, cuba tawarkan reward kalau dia boleh berkompromi buat benda yang dia ‘berat’ nak buat.

    3. Jelaskan bila ingin anak lakukan sesuatu

    Mereka ini suka buat sesuatu bersebab. Jadi, kena jelaskan profit yang anak akan dapat.

    4. Bagi sebab kenapa larang anak buat sesuatu

    Mereka ini pantang dilarang. Jadi, bagitahu sebab yang jelas setiap perkara yang kita larang. Senaraikan kesannya.

    Baca juga: Didik ANAK LELAKI Kena Macam 5 Suggestions Ini, Besar Nanti Mampu Jadi Ikon Dunia!

    5. Fahami dan rajin dengar luahan anak

    Mereka ini akan lembut hati bila kita memahami. Rajin dengar apa yang dia nak cakap. Selagi tak buat benda salah, hormat keputusannya.

    6. Puji usaha anak bila buat perkara baik

    Mereka ini mudah hilang motivasi kalau kena marah. Jadi, puji usaha dia bila nampak anak buat benda baik.

    7. Sediakan rutin yang konsisten bila anak susah ikut peraturan

    Mereka ini agak susah nak ikut peraturan. Jadi, cuba lakukan rutin yang konsisten. Bina hubungan baik sebab mereka mudah cair untuk ikut peraturan bila kita baik dengan mereka.

    8. Tawarkan pilihan bila nak buat keputusan

    Mereka ini sukakan kuasa. Jadi, tawarkan pilihan supaya mereka tak rasa kita ini cuba nak overpower dia.

    Get curious with their conduct. Not livid. 

    Baca juga: Ibu Bimbang Anak Gesel Alat Sulit Pada Couch, Rupanya Dalam Fasa Phallic. Sila Beri Perhatian!

    Apa kata warga maya?

    Melihat di ruangan komen pada hantaran tersebut, ramai warga maya yang berkongsi pengalaman menghadapi perangai anak-anak mereka yang mempunyai sikap keras kepala. Antaranya:

    “Anak-anak saya dua-dua robust willed. Yang kita larang tu yang mereka buat, tak suka dikawal. Orang tua-tua kata deg*l. Ada juga yang ckp mama tak ajar dia orang disiplin huhu. Mentang anak-anak dia behave, dia label kita tak ajar anak hahaha,” komen seorang ibu.

    “Orang yang tak faham, mereka akan salahkan ‘mak terlalu ikutkan kata anak.’ Bila kita jelaskan akibatnya… orang sanggup sumpah ‘bior je, dia nak mati ke bior je mati,’ sedihnya hati Allah je tahu. Tak nak bantu jangan sampai menghina. Tak ada siapa minta dapat anak terlebih aktif dan terlajak degil. Telan sahajalah sendiri,” luah seorang ibu.

    Selain itu, ada juga warga maya yang bergelar ibu bapa tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengenal pasti anak jenis yang keras kepala ini?

    Wawa memberi jawapan, tanda-tandanya adalah seperti berikut:

    • Selalu mencabar peraturan yang dah ditetapkan
    • Tak suka dikawal
    • Mencari autonomi (sukakan kuasa)
    • Kalau dia nak buat sesuatu itu, nak juga buat. Senang cerita, yang degil personalitinya.

    Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!

    Sumber: Wawa Shauqi

    FT Picture: freepik





    Supply hyperlink

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read