Free Porn
xbporn
More
    HomePerkahwinanIsteri hamil 'tiada jarak', Jamal Abdillah malas layan kecaman

    Isteri hamil ‘tiada jarak’, Jamal Abdillah malas layan kecaman

    Kongsikan artikel ini


    KUALA LUMPUR – Dikecam sebilangan pihak kerana dikatakan tidak prihatin terhadap kesihatan isteri apabila jarak wanita itu hamil terlalu ‘dekat’, penyanyi Datuk Jamal Abdillah enggan melayan kata-kata negatif yang dilontarkan terhadapnya.

    Kata Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 65, anak adalah kurniaan Tuhan, selain masih mengikut keupayaan teman hidupnya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, untuk mengandung lagi.

    “Kadang-kadang soal zuriat tidak boleh dirancang kerana Tuhan yang tentukan. Kalau kita rancang macam mana pun tidak jadi juga jika tanpa izin-Nya.

    “Jadi semua kecaman saya enggan layan dan tak tengok pun. Saya terima rezeki ini kerana Allah, saya panggil ini anugerah.

    “Bagi saya, semuanya terserah kepada isteri. Dia kata sanggup lagi, saya okey sahaja. Jika dia mahu ‘ikat’, silakan dan kalau tak mahu pun saya ikut sahaja,” katanya kepada Kosmo! On-line pada sidang akhbar konsert Divas & Diamonds 2024, semalam.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Azura itu turut berkongsi keadaan isteri yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan terhadap ubat.

    “Perkembangan terkini isteri saya sihat alhamdulillah, dia sebenarnya mahu ikut pada hari ini tetapi masih perlu berehat.

    “Dia alahan bukan sebab bersalin. Dia masih lagi belum boleh makan sudah masuk hari ke-12 dan asyik muntah-muntah,” ujar bapa kepada tujuh orang anak itu.

    Mengulas lanjut mengenai kehidupan bersama anak-anak, Jamal menganggap kanak-kanak sebagai terapi buat dirinya selepas penat bekerja.

    “Sekarang saya rasa kehidupan keluarga bersama anak sangat seronok. Ini satu terapi bagi saya kerana tidak pernah rasa letih, bosan atau marah sekalipun.

    “Ini adalah hiburan saya dan saya pun bukan jenis keluar rumah dengan anak-anak,” tuturnya.

    Sebelum ini, Jamal dikecam teruk selepas memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketujuh dan memberitahu isterinya dirawat di IJN.

    Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

    Penyanyi lagu Gadis Melayu itu memiliki dua lagi putera hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. – KOSMO! ONLINE





    KOSMO On-line
    Sumber: Kosmo

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read