Free Porn
xbporn
More
    HomePerkahwinan'Fazura satu dalam sejuta' - Fattah nafi rumah tangga bermasalah

    ‘Fazura satu dalam sejuta’ – Fattah nafi rumah tangga bermasalah

    Kongsikan artikel ini


    PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kononnya rumah tangganya dengan Fazura berstatus retak menanti belah.

    Kata Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, semua sikap positif dalam diri pelakon drama Lelaki Itu menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan.

    “Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka hargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.

    “Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan sikap tidak berkiranya.

    “Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya dalam sebuah temu bual bersama media.

    Menurut aktor itu lagi, sepatutnya sebagai isteri Fazura layak berada di rumah untuk menjaga keluarga tetapi sanggup membanting tulang demi kelangsungan hidup mereka.

    “Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.

    “Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatimah. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang,” ujarnya.

    Dalam masa sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu turut menyifatkan Fazura sebagai perempuan satu dalam sejuta, selain berasa sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri.

    “Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in 1,000,000’ (satu dalam sejuta).

    “Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai,” jelasnya lagi.

    Sebelum ini, heboh dalam media sosial mengenai dakwaan kononnya hubungan Fattah dan Fazura sedang dilanda masalah.

    Alasannya kerana, mereka dikatakan sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) dalam media sosial masing-masing.

    Tidak terhenti di situ, kisah rumah tangga mereka itu turut dibincangkan di sebuah laman sembang dengan netizen memberi pelbagai pandangan mengenai hal dalaman pasangan terbabit.

    Bagaimanapun, minggu lalu Fazura tampil menangkis dakwaan tersebut dan menyatakan mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup lebih privasi.

    Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO! ONLINE





    KOSMO On-line
    Sumber: Kosmo

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read